Bintik-bintik hitam (Tanda Penuaan)

Category:



Pigmentasi kulit.
Kita mengenalinya sebagai noda-noda atau bintik-bintik gelap di muka, dahi dan leher.
Ia dicetuskan oleh kedua-dua pendedahan cahaya matahari dan perubahan hormon semasa mengandung.

Tips:
Sinaran ultraungu matahari adalah punca utama kerosakan kulit, jadi elakkan pendedahan panas matahari yang terlalu banyak.
Jam 10:00pagi - 4:00petang, adalah sinaran ultraungu matahari yang paling sengit.
Belilah pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 15.


Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati",
Oleh itu sebelum terlalu lewat untuk merawat kulit anda, mula menggunakan krim pelindung matahari yang efektif setiap hari, ini adalah penting dalam mencegah dan mengurangkan pembentukan bintik coklat.


Ingat!!
Tanpa penggunaan pelindung matahari, rawatan tidak akan berkesan.
Walaupun selepas rawatan berjaya, bintik coklat akan berulang dengan hanya beberapa minit beberapa pendedahan cahaya matahari yang tidak dilindung.
Jangan lupa untuk memohon pelindung matahari selepas setiap 2-3 jam sebagai kesan pelindung matahari untuk tempoh masa yang terhad.
Jadi, mulai sekarang, tambah lagi satu barang ke dalam beg tangan anda ye iaitu "SUNBLOCK"



Petua untuk mengurangkan sekaligus menghilangkan bintik-bintik hitam  di wajah;


Bahan:
1 sudu susu tepung
1 sudu madu asli
1 sudu aloe vera gel.

Campurkan susu dan madu.
Kemudian masukkan sedikit saja air panas ke dalam bahan tadi agar tidak terlalu pekat.  Lalu oleskan pada kulit wajah yang sudah dibersihkan. Tunggu sampai 15 minit,
Kemudian basuh dengan air suam.
Setelah bersih, sapukan aloe vera gel sebagai toner.

2)
Bahan:
Susu
Air mawar.
Campurkan 1/4 cawan susu tepung dengan air mawar secukupnya untuk membuat adunan topeng muka yang pekat.
Sapukan di keseluruhan muka (kecuali mata dan bibir).
Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih.
Sapukan air mawar sebagai toner.


3)
Bahan:
SCRUB GULA
1 sudu makan gula
Susu Pembersih
Campurkan kedua-dua bahan tersebut
Gosok lembut pada wajah.
Jadikan amalan ini 1 minggu 2x.



Comments (0)

Post a Comment